KURSUS KEPIMPINAN KELAB USAHAWAN MUDA (KUM)
Program Kursus Kepimpinan yang telah dicetuskan oleh Pengerusi Kelab Usahawan Muda (KUM) iaitu saudari Rohayu Bt Roslan bagi mencapai ahli-ahli usahawan yang mampu melaksanakan program-program usahawan dengan sendiri.Program ini telah dilaksanakan pada 20 Februari 2010 yang lepas bertempat di bilik B204 pada pukul 8.30 pagi.Program ini telah dihadiri oleh AJK Kelab Usahawan Muda seramai 23 orang iaitu sebagai peserta program ini.
Program Kursus Kepimpinan ini diwujudkan dengan beberapa senior kelab usahawan diminta turut serta bagi menjayakan program ini.Senior-senior terbabit telah diminta untuk menjadi fasilitator bagi mengajar dan menguruskan para peserta untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang.
Antara aktiviti program Kursus Kepimpinan yang telah dijalankan adalah ‘ice breaking’ dimana para peserta diminta untuk mengenalkan diri pada para peserta yang lain.Seterusnya,para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 1 kumpulan diwakili 5 orang dimana setiap kumpulan diminta memberi nama kumpulan dan trademark kumpulan masing-masing.
Seterusnya,setiap kumpulan diminta untuk membuat kertas kerja yang dibahagikan kepada program-program yang telah dijalankan sebelum ini diantaranya explore race, kunjung bakti, lawatan ke kilang coklat dan jualan.Melalui program ini para peserta didedahkan tentang teknik-teknik dan cara untuk membuat kertas kerja dengan baik kerana pengalaman seperti ini amat berguna pada masa pekerjaan nanti.
Program ini juga turut dihadiri oleh Puan Noor Azlina Bt Ishak iaitu Penasihat Kelab Usahawan Muda yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada para peserta pada program ini.Akhir kata,diharap program seperti ini dapat dijalankan lagi supaya dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan tentang usahawan dikalangan ahli-ahli Kelab Usahawan Muda.

No comments:
Post a Comment